RockYou FXText

PENGENALAN BLOG

Blog ini dicipta bertujuan mencoretkan kenangan bersama rakan-rakan di rendah dan sepanjang aku berada di sekolah menengah. Diharapkan bahan-bahan yang disiarkan dalam blog ini dapat mengeratkan hubungan siratulrahim yang terjalin sepanjang kita bersama.

Wednesday 2 December 2009

UPSR 2009

Tahniah kepada semua rakan2 6 Bestari yang berjaya dalam UPSR 2009.

LAWATAN KE CAMERON HIGHLAND

Lepas peperiksaan UPSR, SKHART buat rombongan ke Cameron Highland dan Lostworld of Tambun. Ni koleksi gambar yang ada ...

Thursday 1 October 2009

CIKGU KITA

Gambar Cikgu Rosyati dan Teacher Suryani je yang ada... cikgu2 lain nanti saya akan usahakan.



KEM MOTIVASI UPSR DI KENARI PARK




Ni gambar kita pi kem motivasi UPSR rasanya 2/7/09. Gambar kekawan yang ni aje ada. Kalau sapa-sapa bawak kamera dan ada gambar nak berkongsi bersama boleh bagi pada aku..nanti aku upload...

Thursday 10 September 2009

Setelah Berakhirnya Peperiksaan UPSR

Hari ini (10/9/09/khamis) berakhirnya peperiksaan UPSR...kami ramai2 melaungkan merdeka...tp yang lucunya salah seorang rakan baikku tersasul menyebut "mentega". Itulah Nawal yang sememangnya lucu orangnya. Walaupun rasa lega peperiksaan dah habis....boleh berehat tapi mengenangkan pertengahan November keputusan UPSR akan diumumkan ...aku jadi berdebar2 jugak.... x tahu lagi nasibku.

Untuk semua kawan2 kelas 6 Bestari, aku doakan semoga kita semua akan berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah. Aku juga berharap selepas ini walaupun dimana kita dapat menyambung pelajaran, tali persahabatan terus berpanjangan. Itulah tujuan sebenar aku mewujudkan blog ini. Diharapkan blog ini boleh menjadi penghubung antara kita...

Buat cikgu-cikgu, TERIMA KASIH tidak terhingga kerana jasa dan pengorbanan cikgu2 semua...hanya Allah yang dapat membalasnya.

Jika rakan2 dan cikgu2 mempunyai coretan yang boleh kita kongsi bersama, emailkan kepada
nuramalyafaqihah@yahoo.com.my. InsyaAllah akan diterbitkan dan menjadi memori kita bersama sampai bila2.

Wassalam

Saturday 29 August 2009

SEKITAR HAC 2009


Gambar ni sekitar majlis perasmian HAC 2009.
Perasmian telah dilakukan oleh Penolong PPD Pendang.