Blog ini dicipta bertujuan mencoretkan kenangan bersama rakan-rakan di rendah dan sepanjang aku berada di sekolah menengah. Diharapkan bahan-bahan yang disiarkan dalam blog ini dapat mengeratkan hubungan siratulrahim yang terjalin sepanjang kita bersama.
Ni gambar kita pi kem motivasi UPSR rasanya 2/7/09. Gambar kekawan yang ni aje ada. Kalau sapa-sapa bawak kamera dan ada gambar nak berkongsi bersama boleh bagi pada aku..nanti aku upload...
1. Azfar Aiman b. Azizan 2. Khairul Amri b. Che Khalid 3. Mohd Harris Helmi b. Idris 4. Mohd Aswad b. Rosli 5. Mohd Ismahanif b. Ismail Zaki 6. Mohd Akmal Anis b. Yusof 7. Nor Hazim Azri b. Abd Halim 8. Nawal Radhiah bt. Mohd Nasir 9. Noor Faizatul Hazwani bt. Ismail 10. Noor Izzati bt. Abu Bakar 11. Masturah bt. Mohd Salleh 12. Nur Izzati bt. Ahmad Basri 13. Fatin Nadiah bt. Zaidi 14. Nor Ashikin bt. Lateh 15. Syamilah bt. Abd Halim 16. Faizatul Khadijah bt. Md Zin 17. Nur Nida Farihah bt. Mohd Faiz 18. Nurul Idayu bt. Rohaizam 19. Noor Shafiqah bt. Ismail 20. Fatin Nor Liyana Shamsudin 21. Noor Syamsuria bt. Othman 22. Noor Shahira Noordin 23. Nor Syazwani bt. Nazri 24. Noor Shafirah Shahira Mokhtar 25. Miza Noor Izzati bt. Mahathir 26. Nur Syafina bt. Naawi 27. Nur Asma Husna Z. Azhar 28. Hamizatul Hazimah Md Rejab dan......29. aku le Nur Amalya Faqihah bt. Mat Zafri
SENARAI GURU KELAS KITA
PRASEKOLAH (2003 ) Puan Sharipah Amalhayaty bt. Syed Ahmad Puan Siti Hajar bt. Ismail SATU BIJAK ( 2004 ) Puan Siti Mahani bt. Ahmad DUA BIJAK (2005 ) Puan Rosilawati bt. Mutalib TIGA BIJAK ( 2006 ) En. Nik Hassan b. Md Ali EMPAT BESTARI ( 2007 ) Puan Sajidah bt. Ismail LIMA BESTARI ( 2008 ) En. Ahmad Basri b. Musa ENAM BESTARI ( 2009 ) Puan Muzaiyah bt. Md Zain
SEJARAH PENUBUHAN SKHART
Pada tahun 1932, Tuan Haji Abdul Rahman ( Imam Masjid Kubang Jelai ) memjemput Cikgu Ishak untuk memberikan pendidikan formal (pagi) dan kelas Quran kepada anak-anak kampung itu. Sebuah kelas telah dibina di atas tanah milik beliau.
Dalam tahun 1935, kelas telah diperbesarkan menjadi 4 buah dan bilangan pelajar bertambah menjadi 35 orang (lelaki sahaja). 2 orang guru berkhidmat iaitu Cikgu Hassan dan Cikgu Abd wahab.
Pada tahun 1937, pentadbiran sekolah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran dan nama telah ditukar kepada Sekolah Melayu Bukit Raya.
Pada tahun 1949, sekolah ini telah diiktiraf sebagai sekolah kerajaan sepenuhnya. Guru-guru dan alatan telah disediakan oleh JPN.
Pada tahun 1965, sebuah kelas lagi dibina hasil sumbangan waris. Tahun 1959, cadangan telah dikemukan kepada Pejabat Pelajaran agar memohon tanah Sultan Kedah yang terletak 1/2 batu dari tapak asal untuk dibina sekolah baru. Pada tahun 1960, tanah ini telah dibeli oleh Jabatan Pelajaran dan pada tahun 1961 sekolah baru telah dibina.
Pada November 1962, sekolah ini siap sepenuhnya dan nama sekolah telah ditukar kepada SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI ABDUL RAHMAN sempena nama pengasasnya.
LENCANA
LAGU SEKOLAH
Bersama kita berikrar Sentiasa tekun belajar Budaya bangsa dipelihara Budi pekerti dijaga
Sukan dan pelajaran Tak pernah kami abaikan Agama dan bahasanya Menyatukan kita semua
Sekolah Haji Abdul Rahman Padamu kami tak lupa Kami berjanji dan bersedia Untuk mengharumkan namamu
No comments:
Post a Comment