RockYou FXText

PENGENALAN BLOG

Blog ini dicipta bertujuan mencoretkan kenangan bersama rakan-rakan di rendah dan sepanjang aku berada di sekolah menengah. Diharapkan bahan-bahan yang disiarkan dalam blog ini dapat mengeratkan hubungan siratulrahim yang terjalin sepanjang kita bersama.

Thursday 10 September 2009

Setelah Berakhirnya Peperiksaan UPSR

Hari ini (10/9/09/khamis) berakhirnya peperiksaan UPSR...kami ramai2 melaungkan merdeka...tp yang lucunya salah seorang rakan baikku tersasul menyebut "mentega". Itulah Nawal yang sememangnya lucu orangnya. Walaupun rasa lega peperiksaan dah habis....boleh berehat tapi mengenangkan pertengahan November keputusan UPSR akan diumumkan ...aku jadi berdebar2 jugak.... x tahu lagi nasibku.

Untuk semua kawan2 kelas 6 Bestari, aku doakan semoga kita semua akan berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah. Aku juga berharap selepas ini walaupun dimana kita dapat menyambung pelajaran, tali persahabatan terus berpanjangan. Itulah tujuan sebenar aku mewujudkan blog ini. Diharapkan blog ini boleh menjadi penghubung antara kita...

Buat cikgu-cikgu, TERIMA KASIH tidak terhingga kerana jasa dan pengorbanan cikgu2 semua...hanya Allah yang dapat membalasnya.

Jika rakan2 dan cikgu2 mempunyai coretan yang boleh kita kongsi bersama, emailkan kepada
nuramalyafaqihah@yahoo.com.my. InsyaAllah akan diterbitkan dan menjadi memori kita bersama sampai bila2.

Wassalam

No comments:

Post a Comment